suria

Jodoh TikTok! Lelaki ini sanggup ‘terbang’ jauh untuk bertemu cinta hati

Perkenalan antara mereka bermula selepas Taylor meninggalkan komen pada satu video tular melibatkan jejaka itu.

ZAMAN sudah berubah, cara bertemu jodoh juga pastinya sudah berubah.

Terbaharu, tular kisah pasangan sama cantik sama padan ini yang berkenalan melalui aplikasi video TikTok.

Matt Bannon, 26, dari Texas, Amerika Syarikat (AS) menaiki pesawat merentasi perjalanan lebih 1,000 kilometer (km) demi bertemu dengan Taylor Bier, 25, dari Nebraska yang dikenali menerusi platform video berkenaan pada 24 Mei lalu.

Perkenalan antara mereka bermula selepas Taylor meninggalkan komen pada satu video tular melibatkan jejaka itu.

Selain membalas komen, mereka turut berkenalan lebih lanjut sebelum hubungan menjadi lebih serius.

Selepas enam minggu, mereka akhirnya bertemu buat pertama kali di lapangan terbang.

Kini, mereka bagaikan tidak boleh berenggang dan semakin kerap bertemu kerana tidak dapat menahan rindu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain