SEORANG pelanggan restoran tidak berpuas hati apabila stiknya kelihatan lebih kecil dan menggunakan alat penimbang di meja bagi membuktikannya. Antonio Chacon mengatakan stiknya kelihatan seperti makanan kanak-kanak dan dakwaannya terbukti betul setelah dia membuat timbangan. Antonio keluar untuk makan ulang tahun bersama keluarganya awal bulan ini di Texas Roadhouse di Pueblo, Colorado. Pemuda berusia 22 tahun itu memesan makanan kegemarannya iaitu tulang rusuk dan stik serta kentang goreng, namun daging itu kelihatan sangat kecil ketika hidangan tiba di hadapannya. Dia berlari ke kereta dan mengambil beberapa alat penimbang dari kotak untuk mengetahui berat sebenar stik tersebut. "Ini adalah hari lahir saya. Saya memesan tulang rusuk dan stik. Saya mendapati stik itu kelihatan sangat kecil ketika mereka membawanya. "Saya pernah makan di sini sebelum ini dan tidak pernah terfikir untuk menimbangnya," katanya. Antonio berkata, dia memberitahu pengurus dan pelayan restoran tersebut dan mereka tidak percaya. Setelah mengadu dan menimbang daging tersebut, kakitangan membuat makanannya semula dan meminta tukang masak utama untuk menghantar makanan ke meja Antonio. -INDIA TIMES