suria

Baju tersangkut dalam ketuhar, wanita maut terjerut ketika sediakan sarapan

Jackie ditemui mati di dapur oleh anak saudaranya.

SEORANG wanita meninggal secara mengejut setelah dia terjerut sehingga mati akibat pakaiannya yang tersangkut pada bahagian atas ketuhar di rumah.

Jackie Michelle Cottrill, 52, ditemui mati oleh anak saudaranya pada 24 Januari di rumahnya yang terletak di Smalley Way, United Kingdom (UK).

Jack Brocklebank, yang tinggal bersama Jackie pada waktu itu, turun ke tingkat bawah pada awal pagikerana ibu saudaranya telah menyiapkan sarapan pagi.

Dia mendapati ibu saudaranya tercekik disebabkan pakaiannya yang tersangkut di dalam ketuhar.

Bedah siasat yang lengkap mendapati punca kematian Jackie adalah tekanan leher yang disebabkan oleh bahagian atas baju tidurnya terjerat di pintu ketuhar.

Koroner Dr James Adeley mencatat penyebab kematian sebagai sesak nafas, menjadikannya jelas bahawa kematian itu adalah kemalangan tragis. - DAILYSTAR

Artikel Lain