suria

Bau saja dah bikin fobia...Kanak-kanak ini hanya boleh makan roti, yogurt

Ashton Fisher hanya boleh makan roti dan yogurt jenama tertentu sahaja.

SEORANG kanak-kanak di United Kingdom (UK) berdepan masalah fobia untuk makan makanan lain selain roti dan yogurt buah-buahan jenama tertentu sahaja sejak kecil lagi.

Menurut ibu bapanya, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Ashton Fisher, 12, akan menangis atau takut sekiranya diberikan makanan lain.

Walaupun tiada siapa tahu punca Fisher bersikap sedemikian, ibunya, Cara percaya ia mungkin berlaku disebabkan dia pernah mengalami refluks ketika bayi.

"Kami sangat bimbang tentang dirinya kerana dia tidak mendapat nutrien yang diperlukan tetapi secara fizikalnya, dia tidak mampu makan makanan lain kerana dia akan panik," ujar Cara.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tak jatuh gaung, pegawai Kastam akui masih fobia naik kereta dipandu orang lain... gagahkan diri memandu walau hanya 10 minit ke pejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Disebabkan ‘tragedi mi segera’, gadis ini fobia cerek... idea rendam kaki dalam air sejuk sia-sia - “Tak sakit, sampai hospital melecur tahap 4”

Masalah yang dihadapi oleh Fisher turut memberi kesan kepada kehidupan sosialnya.

"Sehingga baru-baru ini, Fisher baik-baik sahaja kerana dia tidak merasakan sebarang perbezaan dengan orang lain.

"Tetapi rakan-rakannya di sekolah menyedari dia tidak makan dan situasi itu menjadi janggal buatnya. Dia tidak mahu kelihatan berbeza," kata Cara lagi.

Walaupun Fisher dibawa berjumpa doktor dan pakar diet, mereka tidak dapat menemui sebarang penyelesaian berhubung masalah dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Enggan berputus asa, ibu bapanya membawa Fisher berjumpa pakar gangguan pemakanan, Felix Economakis pada bulan lalu.

Selepas mendengar masalah yang dihadapi oleh Fisher, Economakis mengatakan kanak-kanak itu mengalami penyakit Avoidant Restrictive Food Intake Disorder (ARFID).

Hasil rawatan yang dilakukan oleh Economakis, Fisher kini sudah mampu makan makanan lain.

"Masih terlalu awal tetapi semuanya kelihatan baik kerana Economakis telah memberikannya keyakinan mencuba perkara baharu. Dia sekarang memahami bahawa makanan tidak akan membuatkan dia muntah," menurut Cara. - Oddity Central

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain