suria

Seram! Aktiviti berkhemah dua rakan diintai 'badut misteri'

SOSOK berkenaan dilihat sedang mengintai dua rakan tersebut dari jauh

AKTIVITI berkhemah bertukar menjadi memori seram buat dua sahabat apabila mereka menemukan sosok seorang tetamu tidak diundang semasa melakukan aktiviti berkenaan.

Sosok yang sedang mengintai mereka dari jauh itu, disedari salah seorang rakan yang juga pemilik akaunTikTok, @carterbooth ketika dia menonton kembali rakaman video aktiviti perkhemahan itu, lapor Daily Star.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama sangat ditutup, sekolah terbiar kini dikuasai tikus gergasi!

Dalam muat naik berkenaan dia menulis,"Saya dan kawan sedang berkhemah bersendirian tetapi kami ternampak sesuatu dalam rakaman video aktiviti kami," katanya.

Dia cuba untuk mengecam siapa yang mengintai mereka dari jauh dengan membesarkan (zoom) klip berkenaan.

Bagaimanapun sosok itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana klip tersebut pecah.

Terkejut dengan penemuan itu, dia kemudian memuat naik suntingan video tersebut di dalam akaun TikTok miliknya.

Video itu menjadi tular dan menadapat lebih empat juta tontonan sejak 15 Ogos lalu.

Ramai yang meninggalkan komen untuk muat naik berkenaan dan rata-rata mereka lega kerana kedua-dua lelaki berkenaan tidak diapa-apakan.

Ada yang mengatakan bahawa tetamu itu kelihatan seperti watak badut seram, Pennywise dari filem popular "IT".

Ada yang menambah ia mungkin Joker iaitu penjahat dalam filem adiwira Batman.

Terdapat juga pengguna TikTok yang tidak percaya dengan perkongsian dibuat @carterbooth yang menyatakan bahawa ia mungkin dibuat-buat dan cara rakaman itu juga agak pelik.

Tidak ketinggalan ada yang berseloroh dengan mengatakan bahawa kejadian itu amat menyeramkan dan mereka ingin menutup diri mereka dengan selimut.

Seorang daripada pengguna juga menulis bahawa itu adalah jiran mereka yang mengintip apa yang dilakukan oleh kedua-dua rakan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

seram, leka, pelik, khemah

Artikel Lain