SEBUAH sekolah di selatan California, Amerika Syarikat telah menangguhkan hari pertama pembukaannya baru-baru ini setelah para guru melaporkan masalah tikus besar bersaiz gergasi di institusi pendidikan berkenaan. Bukan saja tikus, malah guru yang berkhidmat di sekolah itu turut menemui najis dan kerosakan teruk di kelas-kelas di Schurr High School dekat Montebello. Sekurang-kurangnya seekor tikus besar dilihat terjatuh di kelas menerusi sebuah video yang dirakam di sekolah itu, menurut laporan People. "Ini benar-benar tidak selamat dan menggugat kesihatan murid dan tenaga pengajar. "Beberapa bilik darjah kini telah didiami oleh tikus," kata seorang guru, Al Cuevas. Katanya, beberapa orang rakannya juga cuba mengawal kekacauan yang dicetuskan oleh tikus-tikus berkenaan, namun tidak dapat berbuat demikian. ARTIKEL BERKAITAN: Cuba 'cover line' selepas ajak dating ditolak, seorang lelaki tiba-tiba mengaku golongan kayangan! ARTIKEL BERKAITAN: Bengang dipatuk, lelaki tergamak gigit semula ular berbisa berkali-kali sampai mati [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, jurucakap pihak berkuasa kesihatan sementara, Dr. Mark Skvarna berkata, beliau menjangkakan bahawa sekolah itu hanya akan dibuka semula dalam tempoh 15 hari lagi. Para pelajar, katanya, sepatutnya kembali ke sesi pembelajaran di kelas masing-masing pada Isnin lalu sejak wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020. Tegasnya, pihak berkuasa di daerah itu sepatutnya melakukan lebih banyak usaha dalam mengenal pasti masalah tikus menjelang sesi persekolahan 2021-22. Namun, media melaporkan sekolah itu mempunyai risiko tinggi untuk muflis menurut laporan kewangan. Presiden Guru Montebello, David Navar berkata, kehadiran tikus telah menjadi isu berterusan di sekolah tersebut. "Ini adalah sebuah tragedi dan malapetaka bagi pelajar kami yang kehilangan hari belajar yang sangat berharga," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!