SEORANG kanak-kanak dari Brazil kini menjadi ahli astronomi termuda apabila menemui kira-kira tujuh asteroid untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa). Kanak-kanak berkenaan, Nicole Oliviera, 7, mengambil bahagian dalam program sains 'Asteroid Hunt' yang dikendalikan oleh Kolaborasi Pencarian Astronomi Antarabangsa dan Nasa. Nicole menemui tujuh asteroid dan diberi sijil yang sama. Nicole adalah ahli astronomi termuda di dunia, dia juga telah memberi kuliah di pelbagai sekolah dan acara mengenai astronomi. Dia juga dijemput untuk memberi ceramah di Seminar Antarabangsa Astronomi dan Aeronautik pertama di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil. Selain pelbagai penghargaan, Nicole juga mempunyai saluran YouTube, bercakap mengenai astronomi, membincangkan asteroid, ruang dan perkara-perkara lain berkaitan. -INDIA TIMES Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI