suria

Disangka bunga, tapi sebenarnya serangga!

ORKID Mantis menghasilkan lebah madu untuk memikat mangsa kegemaran mereka. — AGENSI.

PENEMUAN serangga unik yang menyerupai bentuk bunga telah menarik perhatian lebih lima juta pengguna Instagram yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai makhluk yang sangat cantik.

Menurut laporan Indiatimes, menerusi satu klip yang dikongsikan di Instagram, pemilik akaun, Adrian Kozakiewicz memberitahu, serangga yang mempunyai bentuk dan warna seperti bunga itu dikenali sebagai Orkid Mantis.

Walaupun kelihatan cantik dan memiliki bentuk wajah segitiga serta mata yang memanjang, serangga ini sebenarnya pemburu yang sangat menggerunkan mangsanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyawa hampir melayang selepas muka disuntik

ARTIKEL BERKAITAN: Menyeramkan! Objek mistik berjaya dirakam Google Earth

Menerusi video tersebut, Kozakiewicz telah menunjukkan tiga ekor Orkid Mantis di tapak tangan seseorang dan ramai yang tidak menyangka ia adalah serangga.

"Serangga ini betul-betul hidup!" kata seorang pengguna Instagram.

"Makhluk ini sangat cantik," tambah seorang lagi pengguna.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain kelihatan seperti bunga, Orkid Mantis menghasilkan lebah madu untuk memikat mangsa kegemaran mereka.

Ukuran panjang Orkid Mantis betina juga boleh mencecah sehingga 6 sentimeter.

Namun bagi Orkid Mantis jantan hanya boleh separuh daripada saiz Orkid Mantis betina.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain