suria

Nyawa hampir melayang selepas muka disuntik

KERRY Parry hampir tidak mengenali wajahnya sendiri yang tiba-tiba membengkak angkara suntikan botox. — AGENSI.

HASRAT seorang wanita yang mahu menggembirakan diri sendiri dengan mendapatkan suntikan filler dan botox di wajahnya bertukar menjadi tragedi ngeri apabila kesan rawatan tersebut hampir meragut nyawanya.

Kerry Parry, 43, yang sedang berdepan situasi sukar gara-gara salah seorang ahli keluarganya sakit, telah mendapatkan pakej kecantikan bernilai £380 (RM2,211) di sebuah pusat rawatan kecantikan tidak jauh dari rumahnya yang terletak di Doncaster, South Yorkshire, England.

Memetik laporan Mirror, selepas beberapa jam menerima suntikan di bibir dan pipi, Parry memberitahu, wajahnya mula membengkak hanya dalam tempoh dua minit dan mengakui situasi itu sangat menakutkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba 'cover line' selepas ajak dating ditolak, seorang lelaki tiba-tiba mengaku golongan kayangan!

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin hilang di laut 13 tahun lalu ditemui semula

Cerita Parry, berikutan keadaannya itu, pakar yang melakukan prosedur tersebut telah mengeluarkan filler di bahagian bibirnya, namun keadaan wajahnya bertambah buruk.

“Saya membuat keputusan dan percaya untuk dapatkan rawatan kecantikan di situ setelah mengetahui doktornya mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam bidang kosmetik," katanya.

Jelas Parry, keadaannya ketika itu sangat teruk sehingga dia sendiri tidak mengenali wajahnya sendiri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya telah dibawa ke hospital menaiki ambulans dan pada masa sama memerlukan bantuan oksigen. Ketika itu saya fikir saya akan mati dan itulah pengalaman paling ngeri pernah saya alami sepanjang hidup,” katanya yang mengakui itu bukan kali pertama dia menadapatkan rawatan kecantikan tersebut.

Ibu kepada dua orang anak ini memberitahu, sebelum melakukan rawatan, dia juga sebenarnya telah dimaklumkan oleh pakar kecantikan tersebut mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

botox, kecantikan, global, dunia

Artikel Sebelum

Artikel Lain