suria

Menyeramkan! Objek mistik berjaya dirakam Google Earth

Objek menyeramkan yang berjaya dirakamkan Google Earth.— AGENSI.

SEORANG pengguna Google Earth berkongsi satu rakaman yang menunjukkan objek seram di bawah salah sebuah jambatan di New York, Amerika Syarikat.

Video yang dikongsikan itu mendapat tontonan lebih daripada 1.3 juta kali dan kini tular di laman sosial.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok, Hidden on Google Earth itu jelas menghadirkan rasa takut dalam kalangan mereka yang menyaksikan video berkenaan.

Imej yang dirakam di Ithaca, New York itu memaparkan objek mistik terbabit berada di bawah jambatan di sebuah lebuh raya sepanjang Cayuga Waterfront Trail.

“Ia kelihatan seperti Joker,” kata salah seorang penonton yang menyaksikan rakaman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba 'cover line' selepas ajak dating ditolak, seorang lelaki tiba-tiba mengaku golongan kayangan!

Seorang lagi menambah: “Sekarang saya tahu di mana tempat yang saya tidak patut pergi.”

Selebihnya, ada yang berasa bingung dengan penemuan sosok berkenaan kerana ia adalah tempat terpencil.

Walaupun seakan-akan tidak benar, ia boleh ditemui menerusi Google Earth pada kedudukan kordinat 42°26’35.24″N 76°30’49.09″W.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi lelaki menimbulkan ketakutan selepas dikatakan telah menemui satu lagi objek menyeramkan di sebuah ‘bandar hantu’, juga menerusi Google Earth.

Objek yang ditemui memakai pakaian putih dan berdiri sebaris itu telah menimbulkan persoalan adakah ia benar atau pun sebaliknya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki berkenaan terlebih dulu memberi amaran kepada penonton video itu bahawa mereka akan menyaksikan sesuatu yang agak pelik dan menyeramkan. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

joker, seram, Amerika Syarikat

Artikel Lain