suria

Cincin hilang di laut 13 tahun lalu ditemui semula

Justin menunjukkan cincinnya yang hilang 13 tahun lalu, ditemui semula.

SEORANG ahli bomba tidak menyangka dia akan mendapat kembali cicin yang telah hilang sewaktu melempar bola bersama rakannya di Pantai Henly, Australia, pada 2007.

Anggota di Balai Bomba Metropolitan, Justin Ocenasek tidak dapat menggambarkan perasaannya setelah mendapat kembali cincin yang hilang.

Menurut Justin, cincin tersebut tertanggal dari jarinya lalu jatuh ke laut dan dia juga melupakan mengenai kehilangan cicinnya itu setelah beberapa tahun

Bagaimanapun, Justin terkejut apabila menerima e-mel daripada Bruce Phillips, yang menjumpai cincin itu ketika menggunakan alat pengesan logam di Pantai Henley.

Phillips memberitahu dia telah membuat perkongsian mengenai penemuan tersebut di media sosial dan pengguna lain memaklumkan dirinya sebagai pemilik cincin tersebut.

Malah, dia menemui Justin di balai bomba untuk mengembalikan cincin itu sendiri.

"Dari semua perkara yang tidak mungkin berlaku tahun ini, cincin ini dalam senarai saya paling bawah. Saya akan membeli loteri selepas ini," kata Justin. - INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain