SEORANG pramugari berkongsi cara mudah dan percuma untuk menaik taraf tempat duduk penerbangan dari kelas ekonomi ke kelas pertama, lapor Mirror. Cierra, yang mempunyai lebih daripada 2.8 juta pengikut di TikTok, berkongsi rahsia tersebut dalam satu video tular yang mendapat lebih tiga juta tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang amuk ‘dilekat’ di tempat duduk selepas raba payudara 2 pramugari ARTIKEL BERKAITAN: 10 Mitos Takut Naik Kapal Terbang Ketika menjawab beberapa soalan netizen, dia mengatakan terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menaik taraf tempat duduk ketika dalam pesawat. Katanya, salah satu cara mudah adalah dengan menunjukkan sikap yang baik dan ‘membodek’ penjaga pagar dan pramugari yang bertugas. “Kami boleh melakukan ‘keajaiban’ apabila diberi Starbucks atau sebungkus coklat oleh penumpang terutamanya pada hari-hari kami mempunyai penerbangan yang tidak henti-henti sehinggakan tidak mempunyai masa untuk mencari makanan,” kata Cierra. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Tambahnya, memilih tempat duduk di bahagian belakang juga boleh membantu dalam situasi-situasi yang tertentu. "Biasanya jika penumpang tidak ramai, kami akan meminta beberapa penumpang untuk duduk di kawasan kelas pertama untuk menyeimbangkan berat pesawat."Semua kapal terbang lazimnya mempunyai berat lebih di bahagian ekor, jadi jika kami mahu memilih penumpang, pasti kami akan pilih yang berada di belakang untuk ditukar ke kelas pertama,” jelasnya. Namun jelas Cierra, taktik itu tidak semestinya menjadi setiap masa kerana segala-galanya bergantung kepada pihak pengurusan mana-mana syarikat penerbangan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!