SEEKOR kucing bernama Piran menjadi penyelamat kepada pemiliknya selepas bunyi mengiaunya menjadi petunjuk lokasinya yang terjatuh dari gaung dekat dengan sebuah sungai setinggi 21 meter. Dalam kejadian yang berlaku di Cornwall, England baru-baru ini, seorang wanita warga emas berusia 83 tahun didapati hilang selama lebih dari satu jam sebelum disedari oleh jirannya, lapor CBS News. ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya lukisan dia! Pensyarah hanya guna kapur, pembaris pamer bakat luar biasa Jiran kepada wanita yang tidak dinamakan itu kemudiannya membuat laporan polis sebelum pasukan penyelamat dikerah mencari mangsa. Wanita itu ditemukan tidak lama selepas seorang orang awam yang melalui kawasan rumahnya terdengar bunyi kucing mengiau.Pihak penyelamat kemudian ke lokasi kucing itu dan mendapati wanita itu berada di dalam gaung. Menurut jurucakap pihak penyelamat, operasi menyelamat berdepan sedikit kesukaran kerana kawasan berkenaan sedikit curam dan tidak rata. Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital menaiki helikopter untuk rawatan lanjut. Dia juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Salah seorang saksi kejadian memberitahu, jika Piran tidak mengiau, wanita itu mungkin sukar ditemui kerana kawasan berkenaan agak terlindung. Mungkin sesuatu yang lebih teruk akan terjadi. Pihak polis juga bersetuju dengan apa yang dikatakan saksi bahawa Piran menjadi penyelamat kepada tuannya dan dia hero untuk misi kali ini. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!