RAMAI di antara kita mempunyai cerita tersendiri tentang jiran yang mungkin mempunyai perangai menjengkelkan. Begitu juga sedang dihadapi seorang pengguna aplikasi TikTok yang sedang berdepan situasi dingin bersama jirannya. Menerusi video yang dimuat naik Megan Reid menunjukkan dia dan pasangannya memasang tali ampaian di sekitar rumahnya. Ia dilakukan selepas jirannya memasang kamera keselamatan yang diarahkan ke rumah Reid dan tindakan itu dibuat bagi menghalang pandangan kamera yang dipasang. ARTIKEL BERKAITAN: Kan dah kantoi! Perasan anak dikutuk dalam mesej teks, ibu ini kongsi video di TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri! Ribuan tulang manusia, haiwan ditemui dalam gua... apa dah jadi? Menerusi video itu, Reid turut menyertakan keterangan yang berbunyi: “Apabila jiran gila mempunyai lima kamera yang diarahkan kepada pintu depan dan jalan masuk... jadi kamu pasangkan kain jemuran.” Reid menunjukkan kamera yang dipasang jirannya menerusi video yang dimuat naik di TikTok. — AGENSI. Kemudiannya, Reid memuat naik satu lagi video yang menunjukkan penggera keselamatan jirannya berbunyi selepas dia melepaskan anjing peliharaan di kawasan miliknya. Tambahnya, penggera itu bukanlah sensor tetapi ia ditentukan secara manual oleh jirannya setiap kali anjing peliharaan dibiarkan berada di luar rumah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Salah seorang pengguna mengatakan ia sesuatu yang sukar dipercayai untuk melihat apa yang sedang dihadapi kedua-dua keluarga berkenaan. “Dia pasti tidak gembira dengan kehidupannya dan mahu orang lain juga merasai penderitaan,” tulis salah satu komen. “Saya tidak akan faham kenapa orang melakukan semua ini atau adakah ia benar-benar mengikut peraturan?” tulis satu lagi komen. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!