BAYANGKAN anda pergi bercuti dan menginap di sebuah Airbnb selama beberapa hari tetapi disuruh menyiram pokok kepunyaan pemilik rumah tersebut sebanyak dua kali setiap hari. Sudah tentunya ia menjengkelkan namun situasi tersebut bagaimanapun berlaku kepada seorang wanita dan keluarganya. Wanita yang enggan dikenali itu baru-baru meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Airbnb berkenaan di laman forum, Mumsnet. ARTIKEL BERKAITAN: Dah mengembara merata, lelaki ini tak sangka dipertemukan dengan ‘homestay, tuan rumah dari neraka’ - “Dia pula yang reviu teruk tentang saya” ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak bunuh diri pada hari hadap ke mahkamah atas tuduhan rogol Wanita itu memberitahu mereka mempunyai jadual perjalanan yang sibuk dan permintaan pemilik itu adalah tidak munasabah. "Pemilik itu meninggalkan nota di dapur, meminta kami untuk menyiram 10 pokok di rumah itu sebanyak dua kali sehari, termasuk mengeluarkan hos daripada garaj semata-mata untuk melakukan perkara terbabit," ujar wanita berkenaan.Wanita tersebut disuruh menyiram pokok sebanyak dua kali setiap hari oleh tuan rumah. Tambah wanita itu, dia dan keluarganya menempah rumah tersebut bagi memudahkan mereka melancong ke seluruh kawasan sekelilingnya selama beberapa hari. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kami keluar awal dan pulang lewat. Adakah saya tidak bertanggungjawab kerana tidak menyiram pokok dan perlu memberitahu pemilik itu secara sopan bahawa kami tidak akan melakukannya (siram pokok)? "Saya tidak akan mula menyiram tanaman orang lain sedangkan saya jarang berbuat perkara itu di rumah sendiri!!" menurut wanita itu lagi tanpa mendedahkan lokasi dia bercuti bersama keluarganya. Dalam pada itu, salah seorang pengguna forum itu membalas di ruangan komen: "Anda pergi bercuti untuk menenangkan diri, bukan untuk melakukan kerja rumah orang lain!!" - Mirror UK Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!