SEORANG pensyarah menjadi tular di Internet selepas sering berkongsi lukisan anatomi yang sangat terperinci di media sosial miliknya. Pensyarah berkenaan, Zhong Quanbin mampu menghasilkan pelbagai lukisan anatomi, antaranya keseluruhan struktur tulang hingga organ manusia secara terperinci. Malah Quanbin mampu melukis mata manusia daripada pelbagai sudut. Kemahiran yang dimiliki jelas membuktikan dia bukan sahaja berbakat dalam melukis tetapi mempunyai pemahaman yang baik tentang anatomi manusia. ARTIKEL BERKAITAN: Menjahit dari rumah je, wanita ini terkejut ‘minah salih’ dari Australia mesej nak tempah baju kahwin - "Dia nak design tak menjolok mata” ARTIKEL BERKAITAN: Buat 2 kerja demi sara bapa strok... pemuda ini tak pernah berdepan gangguan, cuma leher digigit semut ketika bertugas jadi guard Quanbin yang mengajar di Universiti Sains dan Teknologi Shude, Taiwan, hanya menggunakan peralatan ringkas seperti pembaris dan kapur untuk melakukan lukisan anatomi di papan hitam. Menariknya, walaupun sebahagian besar lukisannya tertumpu kepada tubuh manusia, Quanbin pada mulanya tidak mengajar anatomi sebaliknya mengajar Kemahiran Ilustrasi dan Lukisan Anatomi di Jabatan Reka Bentuk Komunikasi Visual. Malahan, Quanbin turut tidak berminat pada bidang perubatan pada mulanya tetapi disebabkan oleh lukisan kerangka tulang yang dikongsi di media sosialnya, dia diambil bekerja di Kolej Perubatan Xiamen. Di kolej tersebut, dia mengajar pelajar perubatan melukis tubuh manusia serta menguraikan kedudukan tulang, otot dan organ dalaman. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sejak itu, Quanbin mula mempelajar anatomi manusia dan lukisannya menjadi lebih baik. Quanbin turut menerima jemputan daripada beberapa sekolah perubatan lain di dalam dan luar negara termasuklah China serta Jepun untuk mengajar pelajar mereka cara melukis tubuh manusia. - Oddity Central Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!