suria

Kan dah kantoi! Perasan anak dikutuk dalam mesej teks, ibu ini kongsi video di TikTok

TINDAKAN ibu terbabit berkongsi video TikTok mengenai tindakan seorang penumpang kapal terbang yang mengutuk anaknya menerusi mesej telefon telah mengundang reaksi bercampur-baur netizen.— AGENSI.

SEORANG ibu yang terlihat penumpang kapal terbang di hadapannya menulis mesej teks tentang kelakuan anak-anaknya, telah membuat satu video di aplikasi TikTok sebelum ia tular serta mengundang pelbagai komen bercampur-baur netizen.

Dalam video berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu, Amy Johnson berkongsi tentang mesej yang ditulis oleh penumpang itu. Penumpang itu menyifatkan anaknya sebagai kanak-kanak nakal dalam mesej teks yang mahu dihantar kepada kenalannya, lapor Ladbible.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermain dengan kematian! Sanggup bertarung nyawa beri harimau minum susu

Mesej itu berbunyi, "Saya sebenarnya tidak menyangka kanak-kanak itu teruk dalam penerbangan tetapi jelas wanita itu tidak menghiraukannya."

Video itu juga menunjukkan yang wanita itu pada awalnya merujuk anak-anak Amy sebagai kanak-kanak nakal (brat) tetapi dia telah menukar perkataan itu kepada anak-anak sebelum menghantar mesej berkenaan.

Amy juga merakamkan komen balasnya tentang perkara itu dengan menyatakan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga tingkah laku anaknya yang berusia empat dan satu tahun namun dia faham yang bukan semua penumpang menyedari usahanya.

Video itu kemudiannya dibanjiri komen yang bercampur-baur apabila ada yang menyokong namun ada juga yang mengecam tindakan Amy memuat naik video berkenaan.

Ada pengguna yang menyatakan bahawa dia terdengar suara kanak-kanak dalam video berkenaan dan ia sama sekali menunjukkan bahawa sebenarnya kanak-kanak itu tidak terkawal.

Terdapat juga warganet yang mempertahankan tindakan penumpang itu dengan mengatakan bahawa dia sudah cukup sabar dengan hanya meluah perasaan melalui mesej teks dan sekadar berdiam diri sepanjang penerbangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Amy bagaimanapun membalas komen berkenaan dan menyatakan bahawa dia tidak mahu mencetuskan sebatang situasi kurang selesa, malah dia juga telah memohon maaf atas gangguan yang berpunca daripada anaknya kepada penumpang berdekatan semasa dalam pesawat.

Dia juga mempertahankan bahawa suara kanak-kanak berkenaan adalah milik anak kepada penumpang lain dan bukan anaknya.

Selain komen kecaman, Amy juga mendapat sokongan beberapa pengguna media sosial itu yang menyatakan bahawa mereka faham situasi sukar apabila terpaksa menguruskan kanak-kanak di dalam pesawat kerana mereka ada kalanya tidak boleh duduk diam.

Ada juga yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan bahawa mungkin mereka mahu anak-anak supaya diikat di kerusi dan mulut mereka juga ditutup sepanjang tempoh penerbangan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

tiktok, mesej, kapal terbang, tular

Artikel Lain