RIBUAN tulang manusia dan haiwan ditemui dalam sebuah gua kuno. Penemuan mengerikan dilakukan di gua Umm Jirsan, di sebalik kesan lava gunung berapi Harrat Khaybar di Arab Saudi. Kumpulan penyelidik menemui tulang kepunyaan haiwan termasuk lembu, kuda, unta dan tikus. Tiga tengkorak manusia juga ditemui. Pasukan saintis percaya mayat dibawa ke gua itu oleh haiwan karnivor, hyena sejak 7,000 tahun lalu. Longgokan tulang yang ditemui. foto Archaeological and Anthropological Sciences Pengarang kajian, Dr Mathew Stewart, dari Institut Ekologi Kimia Max Planck menerusi ciapan di Twitter berkata: "Tiub lava ini berukuran besar dengan ratusan ribu bangkai haiwan yang diawet." Tiub itu pertama kali ditemui pada 2007, tetapi saintis enggan memasukinya setelah mendengar suara 'ganas' dari dalam gua. Penyelidik dari Kajian Geologi Saudi, Universiti King Saud, dan Institut Max Planck Jerman kemudian memasuki gua berkenaan. Dalam satu bahagian, pasukan tersebut menemui 1,917 tulang dan gigi, antaranya berusia hampir 7,000 tahun. Pasukan penyelidik menganalisis lokasi dan kekerapan luka pada tulang untuk menentukan bagaimana mereka dibawa ke gua. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI