suria

Umur bukan penghalang, ibu bukti kemampuan masuk universiti sama dengan anaknya

Ruth Ojinnaka bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di universiti sama dengan anaknya. - AGENSI

SEORANG ibu empat anak membuktikan usia bukanlah penghalang untuk menyambung pelajaran selepas mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE).

GCSE merupakan sijil pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan digunakan dalam sistem pendidikan di England, Ireland Utara, dan Wales.

Ruth Ojinnaka yang berusia 45 tahun akan menyambung pelajaran di Universiti Bolton bersama anak perempuanya yang berusia 18 tahun pada September ini.

Dia yang sebelum ini bekerja dalam bidang perakaunan mengambil keputusan untuk mendapatkan kelayakan dalam matematik dan bahasa Inggeris di Kolej Hopwood Hall and Universiti Center bagi menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Z dedah belajar berenang pada usia 40 tahun demi anak - “Tak dapat bayang kalau anak lemas tapi saya tak dapat selamatkan”

Ruth yang berasal dari Manchester berkata dia mahu beralih ke bidang tersebut kerana lebih mudah untuk membesarkan anak-anaknya.

Ternyata usahanya itu berbaloi apabila berjaya mendapat gred 5 dalam matematik dan gred 9 dalam bahasa Inggeris.

Ruth yang turut mempunyai dua anak perempuan lain berusia 19 dan 16 tahun, serta seorang anak lelaki berusia 15 tahun berkata keluarganya tidak pernah meragui dengan kebolehannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anak-anak saya tahu bahawa saya boleh melakukannya, mereka mempercayai saya.

“Umur tidak membawa makna apa-apa. Sesiapa yang mahu melakukan sesuatu, lakukan saja. Anda akan gembira melakukannya,” katanya.

Tenaga pengajar di Kolej Hopwood Hall College and Universiti Center berkata mereka tidak terkejut dengan kejayaan Ruth dan menyifatkannya sebagai "inspirasi sempurna”.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain