suria

Israel kembali mengganas, tembak mati 4 rakyat Palestin

Pertembungan sejak beberapa minggu kebelakangan ini meragut nyawa beberapa warga Palestin dan menyebabkan ratusan lagi cedera. - AHMAD GHARABLI/AFP

SEKURANG-KURANGNYA empat penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel di kem pelarian Jenin di Tebing Barat hari ini, kata kementerian kesihatan Palestin.

Menurut kementerian kesihatan Palestin, dua penduduk terbunuh oleh serangan pada waktu subuh di Jenin, dan mangsa dikenali sebagai Raed Abu Saif, 21, dan Saleh Omar, 19.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekurang-kurangnya 65 rakyat Palestin terbunuh di Gaza termasuk komander Hamas

ARTIKEL BERKAITAN: Israel terus mengganas, angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35 orang

Dfiahamkan, tentera Israel turut menembak mati dua lagi penduduk dan mengambil jenazah mereka yang sepatutnya dihantar ke hospital.

Jurucakap polis sempadan Israel mengesahkan dua mayat lagi berada dalam tahanan pasukannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa siri pertembungan antara tentera Israel dan penduduk Palestin tercetus di utara Tebing Barat, terutamanya di kawasan Jenin dan Beita.

Penduduk Beita mengadakan tunjuk perasaan sejak beberapa minggu lalu bagi menentang tindakan Israel memperluaskan kawasan jajahan dan membina lebih banyak penempatan haram Yahudi di tanah penduduk Palestin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

palestin, gaza, tebing barat, israel

Artikel Lain