suria

Panasnya cuaca sampai siput pun mati terbakar

Seorang lelaki menyejukkan badannya di Messina, sebuah pulau di Sicily akibat cuaca panas melampau.

CUACA panas melampau di sebuah bandar kecil di Floridia, Itali menyebabkan siput yang terkenal di kawasan terbabit mati terbakar di dalam kulitnya.

Cuaca di bandar Sicily mencapai tahap 124 darjah celcius pada hari 11 Ogos apabila gelombang panas yang turut melanda negara tersebut dan kawasan sekitarnya mencapai tahap kemuncak, lapor The New York Times.

Sekiranya disahkan badan antarabangsa, suhu terbabit berkemungkinan direkodkan sebagai suhu paling tinggi pernah dicatatkan di Eropah.

ARTIKLE BERKAITAN: Bukan saja nota minta maaf, siap dapat coklat lepas kereta hancur teruk dilanggar

ARTIKLE BERKAITAN: YouTuber cantik Korea Selatan terima kecaman rakyat Indonesia

Keadaan panas ini menyebabkan permukaan tanah menjadi panas sehingga menghalang siput daripada bergerak, seterusnya menyebabkan ia mati terbakar di dalam cengkerang masing-masing.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Cuaca panas turut menyebabkan pokok lemon yang ditanam petani mati, begitu jug dengan pokok oren.

"Keadaan amat teruk bagi semua orang, bagi pekerja, dan pokok-pokok.

"Kerosakannya amat teruk...Kita bukan bercakap mengenai cuaca panas yang berlaku sehari atau beberapa hari, tapi berbulan," kata Mario Pignato, seorang buruh.

Keadaan cuaca panas ini dilihat antara amaran mengenai risiko berterusan perubahan cuaca yang perlu ditangani dunia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain