suria

Bukan saja nota minta maaf, siap dapat coklat lepas kereta hancur teruk dilanggar

Wanita tersebut menunjukkan keadaan keretanya yang jelas kelihatan calar dan kemik.

SEORANG wanita terkesima selepas hanya mendapat nota minta maaf dan dua keping coklat daripada individu yang melanggar keretanya.

Dalam sebuah video yang tular di TikTok dengan kapsyen "baik sungguh orang ini", wanita itu yang baru sahaja keluar dari pasar raya Walmart berjalan ke arah keretanya kemudian membaca nota yang ditinggalkan di bahagian cermin kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Alang-alang kena langgar, bapa suruh anak ‘conteng’ kereta! Selepas 45 minit, hasilnya tak macam karya kanak-kanak biasa umur 9 tahun

Pelaku tersebut meninggalkan nota yang tertulis: “Maaf atas kerosakan kereta anda, saya tidak mampu untuk membaikinya tetapi ambillah coklat ini :)” bersama dengan dua keping coklat Hershey’s.



Nota dan coklat Hershey's yang ditinggalkan oleh pelaku tersebut.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu kemudian menunjukkan keadaan keretanya yang jelas kemik dan calar teruk di bahagian pintu pemandu selepas dilanggar oleh pelaku tersebut.

Klip berkenaan berjaya meraih lebih dari 4.7 juta tontonan dengan kebanyakan netizen mengecam tindakan pelaku tersebut dan menyuruh wanita itu berusaha menjejakinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Masih ada cap jari di atasnya! Bawanya ke tempat yang boleh membantu anda menjejaki siapa yang melakukan perkara ini terhadap anda!” tulis seorang netizen.

"Saya rasa saya akan mencari orang itu dan menumbat coklat tersebut ke dalam tekaknya,” tulis seorang yang lain. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

langgar, kereta, coklat, minta maaf

Artikel Lain