SINGAPURA menyambut kelahiran anak panda pertamanya semalam hasil daripada teknik artificial insemination (AI) atau permanian beradas, selepas beberapa siri kegagalan sebelum ini. Jia Jia, panda gergasi berusia 12 tahun di Zoo Singapura melahirkan anak setelah disenyawakan dengan air mani beku dari Kai Kai yang berusia 13 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Panda Berusia 23 Tahun Lahirkan Anak Kembar Menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS), jantina anak panda seberat 200 gram itu masih belum dapat dipastikan dan akan diumumkan kemudian. Pihak zoo bekerjasama dengan pakar dari China dan berharap panda tersebut akan mengawan secara semula jadi tetapi akhirnya memutuskan untuk menggunakan teknik AI. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Kelahiran pertama anak Jia Jia merupakan satu pencapaian penting bagi pihak kami dalam menjaga spesies yang terancam ini di Singapura. "Ini adalah hasil dari penjagaan yang baik, ilmu pembiakan dan usaha dari pihak kami ditambah dengan nasihat berharga dari pakar dari China,” kata timbalan Ketua Pegawai Eksekutif WRS, Cheng Wen-Haur. Kedua-dua panda tersebut merupakan pinjaman dari kerajaan China untuk tempoh 10 tahun sejak dari 2012. - France24 Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!