suria

Bermain dengan kematian! Sanggup bertarung nyawa beri harimau minum susu

Tangkap layar video menunjukkan aksi mencemaskan lelaki tidak dikenali ini memberikan susu kepada dua ekor harimau dewasa.

SEBUAH video lama yang memaparkan seorang lelaki memberikan susu botol kepada dua ekor harimau dewasa, kembali tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan lelaki itu memegang botol susu dan kedua-dua harimau terbabit datang ke arahnya.

Lelaki tersebut kemudiannya memberikan susu botol kepada kedua-dua harimau terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Penguin di Zoo Thailand murung sebab rindukan manusia. Hati ini hanya rindu...

ARTIKEL BERKAITAN: Petugas zoo maut dibaham harimau, rakan sekerja lupa beri amaran bahawa pintu sangkar tak dikunci

Kedua-dua harimau tersebut juga memaut bahu lelaki itu tetapi menariknya, haiwan berkenaan tidak bertindak ganas.

Identiti lelaki itu bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti.

Setakat ini, video terbabit telah mendapat sejuta tontonan di Twitter.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, video itu menyebabkan ramai netizen terkejut dan meluahkan rasa bimbang mereka di ruangan komen.

Menurut seorang pengguna Twitter @dallaz05: "Lelaki ini bermain dengan kematian."

Ujar seorang lagi pengguna Twitter @BALASUB84347053: "Haiwan tidak akan mengubah tabiat mereka. Bahaya buat dia." - Asianet News

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

harimau, susu

Artikel Lain