SEORANG ibu ditembak mati anaknya ketika sedang bermesyuarat melalui aplikasi video Zoom di sebuah pangsapuri di Altamonte Springs, dekat Florida pada Rabu lalu. Shamaya Lynn, 21, terbunuh selepas seorang daripada anaknya menemukan sepucuk pistol yang dipenuhi peluru lalu menembak kepalanya.Kanak-kanak itu dipercayai menemukan senjata berkenaan kerana ia tidak disimpan dengan baik. Rakan sekerja mangsa yang berada dalam panggilan video itu mendail talian kecemasan 911, sebaik sahaja mendengar bunyi bising dan melihat wanita terlantar di kerusi serta berlumuran darah. “Saya tidak tahu mahu memulakan dari mana, tetapi saya sedang bersiaran langsung dengan syarikat dan kami baru sahaja diambil bekerja. Seorang daripada kami (mangsa) pengsan dan dia berdarah,” kata rakan sekerja itu menerusi panggilan kecemasan seperti dilapor pihak polis. Menurut ABC News, rakan sekerja mangsa turut memberitahu bahawa dia mendengar bunyi bayi menangis tetapi tidak dapat melihat babak lain di dalam video berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun tinggal dalam gua, lelaki ini baru tahu kewujudan Covid-19... luah hasrat nak 3 dos vaksin Sementara itu, pasangan Lynn menghubungi pasukan kecemasan apabila dia mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan berdarah. Lelaki itu yang juga bapa kepada dua anak berkenaan ditahan untuk siasatan pihak polis kerana keadaan senjatanya ditemukan di tempat kejadian. Pada masa sama, pegawai kesihatan dan paramedik turut memberi bantuan kepada mangsa namun tidak dapat menyelamatkannya akibat cedera parah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Ibu muda ini kehilangan nyawanya setelah salah seorang anaknya menemui pistol yang tidak disimpan dengan baik di kediamannya. “Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab menjaga keselamatan orang ramai terutama apabila memiliki senjata api,” kata pihak polis. Pihak berkuasa selesai mengambil keterangan pemilik senjata itu tetapi belum menentukan sama ada akan mendakwanya ke mahkamah. Polis juga tidak mendedahkan usia kanak-kanak yang menembak mati ibunya itu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!