PENUTUPAN Zoo Chonburi, Thailand susulan pandemik Covid-19 di negara itu membuatkan kumpulan penguin di sana dilaporkan murung gara-gara rindu dengan kunjungan pelawat yang sebelum ini datang untuk melihat haiwan comel itu. Pakar penguin di Pusat Haiwan Terbuka Khao Kheow,Thailand, Tossapol Kosol berkata, penguin berkenaan yang sudah biasa melihat orang ramai setiap kali ia keluar memasuki kandang pameran kini seperti terpinga-pinga dan berhenti melihat sekeliling yang kosong kali ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi gagal saman syarikat larang pakai baju tradisional "Haiwan ini seperti bingung. Mereka seakan tertanya-tanya di mana perginya orang ramai yang selalu datang untuk melihat mereka," katanya. Tambahnya lagi, memandangkan zoo masih lagi ditutup, dia dan rakan-rakannya di pusat haiwan juga terpaksa memikirkan alternatif untuk melatih haiwan tersebut walaupun kekurangan pengunjung sepanjang tahun lalu. Setelah memberi makan 41 penguin 25 kilogram makarel, Tossapol dan rakan-rakannya kemudian mengarak penguin terbabit menyusuri jalan masuk panjang dari kandang berhawa dingin menuju ke kolam renang di bahagian luar untuk beraktiviti. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu, Pengarah Zoo Chonburi, Tawin Rattanawongsawat mengatakan bahawa walaupun dia tidak dapat menerima kehadiran pengunjung, pihaknya harus meneruskan operasi serta memastikan kesejahteraan dan kehidupan haiwan di zoo berkenaan. HAIWAN comel di Zoo Chonburi, Thailand ini seakan-akan bingung dan terpinga-pinga gara-gara ketiadaan pengunjung. — AGENSI. Jelasnya, selalunya pengunjung akan membantu mereka untuk memberi makan kepada haiwan di zoo pada waktu operasi, tapi kali ini semua dilakukan oleh penjaga haiwan di sana. Susulan pandemik Covid-19 yang melanda Thailand, kerajaan tempatan telah melaksanakan sekatan Covid-19 yang menyebabkan banyak tempat awam termasuk zoo ditutup kepada orang ramai. -Reuters Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!