suria

Pekerja syarikat air temui struktur tembok era zaman Rom

Struktur Tembok Hadrian yang ditemui oleh pekerja syarikat air ketika melakukan kerja-kerja pemulihan baru-baru ini.

BAHAGIAN awal Tembok Hadrian yang terletak tidak jauh dari jalan yang sibuk ditemukan di pinggiran bandar Newcastle, United Kingdom (UK) oleh kakitangan syarikat air baru-baru ini.

Struktur dengan ketinggian sepuluh kaki itu telah ditemui oleh kakitangan Northumbria Water ketika mereka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di West Road, berhampiran bulatan Two Ball Lonnen.

Difahamkan, bahagian tembok yang baharu ditemui itu adalah salah satu fasa awal dari mercu tanda bersejarah kerana ia dibina dengan batu besar dan berusia kira-kira 1,900 tahun.

Tembok Hadrian yang juga dikenali sebagai Tembok Rom, Tembok Picts, atau Vallum Hadriani dalam bahasa Latin merupakan benteng pertahanan empayar Rom yang dibina pada 122 Masihi ketika pemerintahan Maharaja Roman Hadrian.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tak simpan pistol! Wanita maut ditembak anak sendiri ketika live di Zoom

ARTIKEL BERKAITAN: Penguin di Zoo Thailand murung sebab rindukan manusia. Hati ini hanya rindu...

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kakitangan Northumbria Water berkata, mereka sedang melaksanakan sebahagian dari projek bernilai £ 5 juta (RM294 juta), bagi meningkatkan kualiti air paip kepada setengah juta pengguna di seluruh Tyneside ketika menemukan tembok itu.

Pengurus Projek, Graeme Ridley berkata, pihaknya kagum kerana dapat membuat penemuan luar biasa itu selain bekerjasama dengan Archaeological Research Services Ltd bagi memastikan penemuan itu dilindungi.

“Ini adalah bahagian yang sangat istimewa dari warisan Timur Laut dan kami berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripadanya,” katanya menurut laporan Daily Mail.

Philippa Hunter dari Archaeological Research Services Ltd berkata, meskipun laluan Tembok Hadrian itu didokumentasikan dengan baik di bandar itu, namun perkara yang lebih menggembirakannya adalah dengan menemukan sebahagian tembok itu.

Katanya, penemuan tembok itu juga menjadikannya mahu mengetahui lebih lanjut mengenainya.

“Kami menemui bahagian fasa paling awal tembok itu dan senang bekerjasama dengan Northumbrian Water yang sangat menjaga tinggalan arkeologi seperti ini,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Tembok Hadrian, Rom, United Kingdom

Artikel Lain