suria

YouTuber cantik Korea Selatan terima kecaman rakyat Indonesia

Sunny Dahye amat fasih berbahasa Indonesia kerana pernah membesar dan belajar di negara itu.

GARA-GARA didakwa menggelarkan rakyat Indonesia sebagai 'bodoh' dan 'miskin', seorang YouTuber terkenal dari Korea Selatan, Sunny Dahye menerima kecaman hebat daripada masyarakat negara berkenaan.

Dakwaan terbabit dicetuskan oleh seorang pengguna akaun Twitter iaitu @sunnyisaliar2 yang memuat naik beberapa perbualan daripada mereka yang rapat dengan Dahye.

Berdasarkan perbualan tersebut, mereka juga mendakwa Dahye memuat naik kandungan yang sebenarnya hanya menipu penonton Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dapat hidayah masa ‘scroll’ Instagram, hati tergerak DM kumpulan tabligh - “Allah bagi sedikit rasa manis... MasyaAllah”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sado, nampak muda lelaki ini kena menjawab dengan polis lalu ‘fast lane’ di PPV - “Dulu orang panggil pakcik, sekarang abang”

Selain wajahnya yang cantik, Dahye juga menjadi perhatian ramai kerana fasih berbahasa Indonesia dan pernah tinggal serta belajar di negara tersebut.

YouTuber berkenaan membesar di Bali, Indonesia dan pernah melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta.

Ketika semester pertama pengajiannya, Dahye mengakui pernah mengalami tekanan kerana tidak memiliki ramai rakan dan berdepan pelbagai konflik.

Selain menguasai bahasa Indonesia, Dahye juga fasih berbahasa Inggeris dan Korea.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dahye turut pernah memuat naik video dia menjalani ibadah puasa namun mereka yang rapat dengan Dahye mengakui YouTuber tersebut hanya berpura-pura dan tidak berpuasa sewaktu video itu dirakamkan.

Di samping itu, Dahye menerusi salah satu videonya, mengakui dia merupakan seorang yang jujur dan sering meluahkan masalahnya.

Dahye yang memiliki kira-kira 2.64 juta pengikut di saluran YouTube, dikatakan pernah menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

YouTube, Korea Selatan, Indonesia

Artikel Lain