suria

Dibuang setiap kali tamat sambutan kemerdekaan, lelaki ini sanggup kutip lebih 100,000 helai bendera

Priyo menyimpan koleksi lebih 100,000 bendera negara India.

SEORANG pemuda menyimpan koleksi lebih 100,000 bendera yang di rumahnya di Bally, Howrah, India.

Pemuda berkenaan, Priyo Ranjan Sarkar, mengumpul bendera India yang telah dibuang setelah berakhirnya sambutan hari kebangsaan di tepi jalan dan juga dewan program selama bertahun-tahun.

Menurut Priyo, dia mengumpul bendera untuk melindungi maruah negara dan berharap suatu hari nanti kerajaan akan memperkenalkan undang-undang ketat bagi mereka yang membuang bendera di tepi jalan.

“Ibu dan nenek saya selalu memberitahu bahawa bendera adalah identiti kami. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kerajaan harus mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang meninggalkan bendera di atas jalan," katanya.

Priyo menerima nema jolokan sebagai lelaki bendera Howrah dan orang dari dalam dan sekitar Howrah sering mengunjungi rumahnya untuk melihat koleksi bendera.

Setiap tahun pada hari kemerdekaan, Priyo juga akan mengibarkan bendera di rumahnya. -INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain