suria

Kajian dapati bayi lahir semasa pandemik Covid-19 miliki tahap IQ lebih rendah

Tindakan yang diambil bagi mengekang wabak Covid-19 termasuk penutupan sekolah, penjarakan sosial dan arahan untuk duduk dirumah, disebut sebagai antara faktor yang membawa kepada penurunan tersebut.

KAJIAN awal yang dijalankan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa bayi yang lahir sewaktu pandemik Covid-19 menunjukkan tahap kecerdasan yang lebih rendah berbanding mereka yang lahir sebelum Januari 2020.

Fox News bagaimanapun melaporkan bahawa faktor penurunan IQ tersebut masih belum dikenalpasti.

Kajian tersebut yang disiarkan medRxiv melibatkan ujian terhadap 605 orang kanak-kanak di pulau Rhode.

ARTIKLE BERKAITAN: Panda gergasi Singapura lahir anak seberat 200 gram

ARTIKLE BERKAITAN:Dibuang setiap kali tamat sambutan kemerdekaan, lelaki ini sanggup kutip lebih 100,000 helai bendera

Kebanyakan kanak-kanak itu merupakan golongan kulit putih dengan 39 daripada mereka dilahirkan pada tahun 2018 dan 2019.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Faktor persekitaran, termasuk keadaan mental ibu dan kesihatan fizikal, nutrisi, stimulasi dan sokongan penjaga boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Kajian tersebut mendapati, bayi yang lahir sebelum pandemik mempunyai tahap IQ sekitar 98.5 ke 107.3.

Namun bayi yang lahir sewaktu wabak sedang melanda menunjukkan penurunan ketara iaitu turut sebanyak 27 ke 37 markah.

Tindakan yang diambil bagi mengekang wabak Covid-19 termasuk penutupan sekolah, penjarakan sosial dan arahan untuk duduk di rumah, disebut sebagai antara faktor yang membawa kepada penurunan tersebut.

Kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah, dan lahir selepas Januari 2020 merupakan antara kumpulan yang paling terkesan.

Mereka ini, kebanyakannya daripada golongan kulit hitam, mencatatkan penurunan IQ jauh lebih tinggi daripada golongan kanak-kanak kulit putih.

"Walaupun keadaan sosio ekonomi berjaya menghalang kesan negatif pandemik tersebut, punca utama yang membawa kepada trend (penurunan IQ) tersebut masih belum dapat dipastikan," kata pengkaji.

Antara faktor yang berpotensi menyebabkan penurunan IQ termasuklah, keadaan yang mana kanak-kanak terpaksa dibesarkan di rumah dan perubahan persekitaran tempat kerja.

Namun kajian itu mendapati kanak-kanak yang mempunyai ibu berpendidikan tinggi dilihat kurang terkesan akibat pandemik itu.

Pengkaji berpendapat bahawa ini disebabkan oleh sokongan keluarga yang menyumbang kepada kesejahteraan ibu, yang dapat mempengaruhi bayi termasuk dari segi tingkah laku dan perkembangan kognitif.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

IQ, cerdik, bayi, covid-19, pandemik

Artikel Lain