suria

Rakaman kaki berjoging tanpa badan cetus misteri

VIDEO misteri tersebut menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang mengatakan ia sebenarnya disunting, tidak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan kewujudan makhluk halus yang lupa untuk memakai baju.— AGENSI.

SATU rakaman video yang menunjukkan sepasang kaki tanpa badan sedang berjoging di sebuah laluan gelap di satu lokasi tidak didedahkan di luar negara, telah mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen yang pada awalnya menyangka bahawa itu adalah kelibat hantu yang berkeliaran.

Video yang turut dikongsi dalam rancangan teori konspirasi popular The Hidden Underbelly 2.0 itu juga mendapat banyak reaksi lucu netizen memandangkan kelibat berkenaan dilihat tidak menakutkan kanak-kanak yang turut berada di kawasan berkenaan, lapor Daily Star.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel kembali mengganas, tembak mati 4 rakyat Palestin

Video berkenaan memaparkan sepasang kaki tanpa badan yang muncul secara tiba-tiba di laluan pejalan kaki. Rakaman itu sebenarnya dilakukan oleh seorang penduduk di sana yang sedang merekod video anaknya sedang bermain bersama seekor arnab putih.

Kelibat kaki itu hanya disedari perakam video selepas melihat arnab berkenaan melompat kerana terkejut dengan kelibat kaki yang melalui laluan yang bertentangan dengan lokasi rakaman.

Tular di media sosial, video berkenaan menjadi pertikaian warganet yang sebahagiannya mengatakan bahawa video itu telah disunting. Namun ada juga yang menyatakan bahawa hal itu merupakan perkara mistik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada masa sama, ada juga netizen yang menolak kemungkinan bahawa kaki itu sebenarnya adalah hantu memandangkan kanak-kanak di dalam video berkenaan dilihat tidak terkejut dengan kemunculan kaki misteri itu.

Terdapat juga warganet yang meninggalkan komen lucu dengan menyatakan bahawa kaki itu adalah manusia yang sedang berjoging tetapi lupa untuk memakai baju.

Tidak ketinggalan yang mengaitkan insiden misteri itu dengan filem Harry Potter apabila menyatakan bahawa ia adalah Harry yang sedang memakai jubah halimunan.

Terdapat juga netizen yang meragui rakaman itu dan menyatakan bahawa ia mungkin telah disunting untuk meraih perhatian umum.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

joging, kaki, misteri, hantu

Artikel Lain