TINDAKAN pantas seorang pengunjung berjaya menyelamatkan seorang staf pusat reptilia Utah, Amerika Syarikat daripada kehilangan tangan ekoran digigit seekor alligator baru-baru ini. Dalam kejadian berkenaan, seorang pekerja wanita di Scales & Tails Utah, bandar Salt Lake City, Amerika Syarikat (AS) itu sedang memberi taklimat kepada pengunjung sambil memberi makan kepada aligator di dalam kandang pusat reptilia itu, lapor Wavy.com. ARTIKEL BERKAITAN: Patutnya pergi bercuti untuk tenangkan diri, tapi wanita ini bengang pemilik rumah tinggal nota pelik Namun tanpa disedarinya, seekor aligator bertindak ganas dengan membaham tangan pekerja itu sebelum menyeretnya ke dalam kolam air. Menyedari keadaan itu, seorang pengunjung yang dikenali sebagai Donnie Wiseman bertindak pantas terjun ke dalam kolam berkenaan dan cuba menyelamatkan pekerja berkenaan dengan duduk di atas aligator itu. Dia dan seorang lelaki lain, Todd Christopher membantu melepaskan tangan wanita itu dengan membuka rahang reptilia berkenaan. Setelah beberapa minit bergelut akhirnya pekerja itu dapat diselamatkan. Wanita yang tidak dinamakan itu kemudian diberikan rawatan kecemasan oleh isteri Christopher, yang mempunyai latar belakang dalam bidang kejururawatan sementara menunggu ketibaan kru kecemasan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pekerja itu kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Pemilik Scales & Tails Utah, Shane Richins berkata aktiviti memberi makan kepada haiwan di pusat berkenaan sepatutnya dilakukan oleh dua kakitangan pada satu-satu masa tetapi hal itu sudah lama tidak dipraktikkan sejak kebelakangan ini. Dia berterima kasih dengan tindakan pengunjung yang membantu menyelamatkan pekerja berkenaan dan memberitahu jika tiada siapa yang membantu ketika itu kemungkinan besar wanita tersebut akan kehilangan tangannya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!