KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Begitulah gambarannya mengenai tindakan jahat dua lelaki yang sanggup merogol seorang gadis berusia 17 tahun. Dalam perkembangan terkini, polis sedang memburu dua suspek kes berkenaan. Untuk rekod, mangsa keluar membawa anjing miliknya berjalan-jalan di sebuah taman di sekitar Blackley, Manchester pada 22 Ogos lalu. Mangsa keluar pada waktu senja sebelum dirogol sekitar jam 9.30 malam. Ketika kejadian, seorang suspek mengambil anjing itu, manakala seorang lagi suspek bertindak merogol mangsa. Selepas kejadian, mangsa berjaya mengambil semula anjing miliknya sebelum melarikan diri. Dia kemudiannya memaklumkan hal itu kepada dua wanita di taman berkenaan sebelum kes dilaporkan kepada pihak berkuasa. Siasatan kini sedang giat dijalankan. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI