suria

Pekerja di ibu pejabat Nike diberi cuti seminggu rehatkan diri

Pekerja di ibu pejabat Nike di Oregon diberi cuti seminggu. foto Nike

PENGELUAR jenama pakaian sukan, Nike, memberikan cuti seminggu kepada pekerjanya di ibu pejabat di Amerika Syarikat bagi merehatkan diri dan memulihkan daripada tekanan pandemik Covid-19.

Ia berkata, para pekerjanya di ibu pejabat di Oregon akan bercuti sehingga Jumaat.

Susulan itu, ketua senitor meminta semua pekerja untuk tidak melakukan sebarang kerja bagi menangani kesihatan mental mereka.

"Luangkan masa untuk bersantai, menghabiskan masa dan meluangkan masa dengan orang tersayang. Jangan bekerja," kata pengurus kanan sains pemasaran global Nike, Matt Marrazzo dalam pesanan terbuka kepada kakitangan yang dikongsikan di laman LinkedIn.

"Dalam setahun (atau dua) tidak seperti yang lain, meluangkan masa untuk berehat dan pemulihan adalah kunci untuk mempunyai prestasi yang baik dan kekal waras."

Beliau mengakui sejak setahun lalu begitu mencabar, sambil menambah kakitangannya perlu menyedari mereka semua adalah manusia dan menjalani kehidupan melalui peristiwa traumatik.

Tindakan itu meletakkan Nike antara syarikat yang berkembang maju menawarkan cuti tambahan, atau konsesi atas tanggungjawab kerja.

Ia bertujuan untuk menangani masalah tekanan akibat kerja dari rumah dan panggilan video yang berterusan, yang menjejaskan antara kehidupan profesional dan peribadi. - The Guardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain