suria

Rumah dipanah petir, gadis maut terkena renjatan ketika cas telefon bimbit

Radja pengsan akibat mengalami renjatan elektrik yang teruk.

SEORANG remaja perempuan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefonnya.

Ketika kejadian, Radja Ferreira de Oliveira sedang berada di rumahnya di komuniti Sao Francisco do Carapanari di Para, Brazil utara.

Gadis berusia 18 tahun itu mengecas telefonnya yang dihubungkan ke plug dan kawasan rumahnya disambar petir pada awal pagi hari Ahad.

Pihak paramedik dihubungi apabila Radja pengsan sejurus selepas terkena renjatan.

Ketika paramedik tiba, gadis tersebut telahpun dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Bagaimanapun ketika diperiksa oleh doktor, gadis tersebut tidak lagi bernafas dan disahkan mati.

Radja merupakan mangsa ketiga yang maut akibat terkena renjatan elektrik di kawasan tersebut. - DAILYSTAR

Artikel Lain