suria

Fenomena luar biasa… gurun terkering di bumi dilitupi salji tebal

Kejadian ini jarang sekali berlaku pada akhir Ogos.

GURUN Atacama di Chile umumnya dianggap sebagai kawasan terkering di muka bumi.

Bagaimanapun, ramai terkejut apabila melihat sebahagian daripada gurun itu tertutup dengan lapisan salji yang tebal.

Pegawai Pusat Meteorologi Wilayah Utara, Daniel Diaz, berkata: “Perkara ini tidak berlaku setiap tahun. Mungkin salji yang agak tebal seperti hari ini boleh berlaku setiap dua atau tiga tahun. Namun untuk ia berlaku pada akhir Ogos adalah sesuatu yang agak luar biasa kerana salji biasanya turun pada Jun dan Julai”

Ia dianggap sebagai salji paling tebal dalam tempoh tiga dekad dan telah menimbulkan kebimbangan bahawa pencairan ais dan hujan bakal menyebabkan banjir.

Gambar yang tular menunjukkan kenderaan dilitupi ais dan kanak-kanak bermain salji setebal 15 cm, di kawasan yang hanya menerima hujan beberapa milimeter setiap tahun.

Beberapa jalan terpaksa ditutup untuk lalu lintas kerana cuaca yang luar biasa membuat kehadirannya terasa.

Penduduk tempatan dan pemandu kenderaan mengambil kesempatan untuk bermain dengan salji dan membina orang salji.-INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

salji, gurun, Peru, Chile, Gurun Atacama

Artikel Lain