suria

Satu dalam sejuta, pasangan di New Jersey dapat kembar tiga seiras

Bayi tersebut diberi nama Anastasia, Olivia and Nadia.

PASANGAN di New Jersey telah menyambut satu set kembar tiga seiras, dalam kejadian satu dalam sejuta.

Pasangan tersebut, Mark Bodrog dan Gabriela Mosquera mengatakan bahawa keluarga isterinya mempunyai sejarah kembar, namun pasangan itu agak terkejut ketika para doktor mengatakan bahawa mereka bakal mendapat bayi kembar tiga perempuan seiras.

"Mereka berasal dari telur yang sama, berkongsi plasenta yang sama dengan tiga kantung ketuban yang berasingan.

"Ini sangat jarang sekali berlaku. Hampir tidak ada kajian mengenai kes sebegini," kata Bodrog.

Hospital Universiti Pennsylvania melangkah masuk dan menawarkan untuk memberikan rawatan kelahiran.

Kembar tiga dilahirkan pada 8 Julai pada 34 minggu dan lima hari, manakala setiap bayi beratnya lebih dari lima paun.

Pihak hospital meminta mereka untuk terus berhubungan sehingga doktor dapat melakukan penyelidikan mengenai kehidupan kembar tiga mereka. -INDIA TIMES

Artikel Lain