SEBUAH video memaparkan gelagat lucu seorang menteri menggunakan gigi untuk memotong riben dalam satu acara menjadi tular di media sosial. Fayyaz-ul-Hassan Chohan, seorang menteri di Pakistan diberi penghormatan untuk memotong riben ketika merasmikan pembukaan sebuah kedai elektronik di wilayahnya di Rawalpindi. Pada mulanya, Chohan cuba memotong riben tersebut menggunakan gunting kecil tetapi tidak berjaya. Dia cuba melakukannya beberapa kali namun riben tidak terputus kerana gunting yang digunakan tumpul. Tanpa menghiraukan orang ramai, Chohan selamba memotong riben menggunakan giginya sekaligus membuatkan tetamu dan hadirin di majlis tersebut ketawa terbahak-bahak. Menteri tersebut turut memuat naik video lucu itu di akaun Twitter rasminya dan mendakwa 'gunting yang digunakan tumpul dan buruk'. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI