suria

Sesat di laut, lelaki diselamatkan sekumpulan ikan lumba-lumba

Ruairí McSorley terdampar dua setengah batu dari pantai County Kerry.

SEORANG lelaki telah 'dilindungi' sekumpulan ikan lumba-lumba ketika tersesat sewaktu berenang di laut.

Ruairí McSorley, 24, mendedahkan bagaimana dia diselamatkan oleh haiwan berkenaan ketika nyaris dimakan hidup-hidup oleh seekor ikan jerung.

Dia dilaporkan hilang setelah seorang pejalan kaki melihat pakaiannya di pantai ketika membawa anjing berjalan.

McSorley pada awalnya merancang untuk pergi berenang lebih dari 5 batu dari pantai Castlegregory ke Mucklaghmore Rock.

"Saya ternampak kelibat sirip hitam semasa berenang, perkara pertama yang saya fikirkan adalah ‘mengapa saya tidak Google sama ada Ireland Selatan mempunyai jerung atau tidak?'

"Jika ia ikan jerung, saya harap mereka tidak lapar," katanya.

McSorley terdampar dua setengah batu dari pantai County Kerry dan diselamatkan oleh sukarelawan Fenit RNLI sekitar pukul 8.30 malam.

Para penyelamat melihat McSorley ‘dikelilingi’ oleh sekumpulan ikan lumba-lumba ketika menemuinya.

Lelaki itu akhirnya diselamatkan kru RNLI setelah 12 jam terdampar di laut dengan hanya memakai sehelai seluar renang.-INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain