suria

Berbasikal 100 km tanpa henti, kanak-kanak berusia 6 tahun lakar rekod dunia

Rian ingin menyertai Brevets de Randonneurs (BRM) dan Tour De France.

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun dari Chennai, India telah melakar rekod dunia apabila berbasikal sejauh 100 kilometer (km) tanpa henti.

Rian Kumar dinobatkan oleh World Book of Records sebagai penunggang basikal termuda dan terpantas untuk melakukan kayuhan tanpa henti sejauh 108.09 km dalam tempoh 5 jam, 17 minit dan 6 saat.

"Perkara yang paling saya gemari dengan berbasikal adalah kepantasan.

"Saya melakukan latihan berbasikal tiga hari seminggu, iaitu berbasikal secara statik, dan juga latihan ketahanan pada hari-hari lain," katanya.

Ibu bapa Rian merupakan pegawai Tentera Laut India. Keluarga itu baru-baru ini berpindah ke Chennai dari Delhi.

Kanak-kanak itu juga bercita-cita ingin menyertai Brevets de Randonneurs (BRM) sejauh 200 km.

Tambah Rian, impiannya adalah untuk menyertai Tour De France yang merupakan perlumbaan basikal tahunan di Perancis.- INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain