SEORANG wanita tidak dapat menahan kemarahan dan bertindak merosakkan temuduga kerja adik perempuan sendiri selepas mendapat tahu saudara kandungnya itu mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Menerusi satu video yang tular, kelihatan wanita berkenaan 'menyerbu' sebuah pejabat ketika adiknya sedang ditemuduga. Dia kemudian bertindak memukul adiknya kerana mendakwa wanita itu pernah tidur bersama suaminya. Difahamkan, video tersebut berkemungkinan dirakam oleh seseorang yang turut sama berada di dalam pejabat berkenaan. Video tersebut kemudian menjadi tular selepas dimuat naik di sebuah akaun Twitter dengan kapsyen 'isteri rosakkan temuduga kerja adik selepas mendapat tahu hubungan sulit yang terjalin bersama suaminya'. Video tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen namun rata-ratanya meragui sama ada adik perempuan kepada wanita tersebut bakal ditawarkan pekerjaan selepas kekecohan yang berlaku. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI