SATU kajian yang dilakukan di United Kingdom (UK) baru-baru ini mendedahkan 18 peratus pekerja bimbang untuk membuang air besar di pejabat sekiranya mereka diarahkan kembali bekerja di pejabat.Kajian berkenaan dibuat oleh syarikat pemula kesihatan, The Gut Stuff terhadap 2,000 orang dewasa di seluruh UK.ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Tandas pun boleh jadi 'syurga' buat orang BritainARTIKEL BERKAITAN: Sangka ada ‘tandas’ di tebing, lelaki terjatuh dari ketinggian 100 kakiLebih 53 peratus responden berkata, mereka lebih selesa membuang air besar di tempat lain berbanding pejabat dan 18 peratus lagi sanggup balik ke rumah untuk menggunakan tandas.Isu tersebut dilihat menjadi satu kebimbangan bagi kebanyakan wanita dengan 67 peratus daripada responden mengatakan mereka tidak selesa menggunakan tandas di pejabat bagi tujuan membuang air besar.Kajian baharu itu dilakukan susulan perbezaan pendapat oleh pakar tentang kebaikan dan keburukan sistem bekerja secara hibrid pada masa akan datang.Satu laporan terbaharu mengatakan hampir separuh pekerja sanggup berhenti kerja sekiranya mereka perlu kembali ke pejabat lima hari seminggu.Bagaimanapun, kajian yang dikeluarkan oleh The Gut Stuff itu menunjukkan para pekerja lebih bimbang tentang 'kesihatan usus' mereka berbanding masalah lain.Menurut pakar kesihatan, 'shy bowel syndrome' atau ketakutan membuang air besar di tempat awam adalah satu fenomena biasa.Ujar perunding gastroenterologi di Universiti Hospital Coventry dan Warwickshire, Dr Ben Disney, menyembunyikan kegelisahan berkenaan bagaimanapun akan menjejaskan kesihatan seseorang.Menurutnya, ada antara mereka yang mungkin tidak makan atau minum cecair bagi mengelakkan penggunaan tandas ketika berada di pejabat atau luar rumah. — DailyMail[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]