PENCACAH tatu amatur tiba-tiba tular selepas tindakannya berkongsi ‘air tangan’ pertamanya yang disifatkan sebagai tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Bagi pengguna TikTok, Sam yang menggunakan nama @descendantofsalemwitches, dia bercita-cita untuk menjadi artis tatu profesional namun berkemungkinan terpaksa memikirkan karier baharu selepas ini. Ini kerana, majoriti yang menyaksikan video dimuatnaik olehnya turut menyarankan supaya pencacah berkenaan supaya tidak lagi melukis tatu selepas ini. Baru-baru ini, dia baru saja selesai cacahan pertama dan mendedahkan hasilnya di TikTok sehingga menjadi viral dan menerima tontonan lebih lima juta. Sam meletakkan keterangan pada videonya: “Saya boleh katakan ia tidaklah terlalu teruk untuk percubaan pertama. Saya gugup.” Video berkenaan juga menerima banyak komen dan majoritinya menggesa Sam supaya berhenti dan mengatakan perlu lebih banyak latihan sebelum mencacah tatu kepada orang lain. Kebanyakan pengguna TikTok lain juga bersetuju dan mereka langsung tidak berminat dengan apa yang dilakukan Sam. “Adakah anda melakukannya sambil menutup mata sambil melompat trampolin?” menurut salah satu daripada komen pengguna lain. Seorang lagi pengguna turut menimbulkan persoalan kenapa Sam perlu melukis tatu yang bersaiz besar untuk percubaan pertama. “Kamu perlu lebih banyakkan latihan. Hasilnya buruk dan itu adalah fakta.” - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI