suria

Wanita terkejut, keluarga tuntut siaran 'Live' ketika bersalin

SEORANG wanita berdepan situasi janggal apabila diminta melakukan siaran langsung oleh keluarganya ketika proses kelahiran. — Gambar hiasan/Agensi

SEORANG ibu di luar negara yang bakal melahirkan anak berdepan situasi memalukan apabila diminta melakukan rakaman video secara langsung ketika proses melahirkan anak.

Permintaan itu bagi membolehkan seluruh keluarganya tidak terlepas detik kelahiran, seperti mana yang diceritakan semula oleh wanita yang enggan dikenali itu di Reddit.

Wanita berkenaan nyata gembira apabila mendapat berita sedang hamil namun tidak dapat berkongsi dengan semua orang ekoran pandemik yang melanda seluruh dunia malah hospital juga melarang kehadiran pelawat.

“Ketika bercakap dengannya (ibu), dia minta supaya kami membuat siaran langsung atau pun Zoom ketika proses kelahiran.

“Dia memberitahu bukannya mahu lihat kesemuanya tetapi cukup untuk melihat wajah kami dan mendengar tangisan pertama,” kata wanita berkenaan yang nekad mengambil keputusan untuk tidak menuruti permintaan itu.

Reaksi pengguna lain di Reddit yakin yang wanita berkenaan berhak untuk menolak dan perlukan privasi.

“Katakan kepada ibu kamu ‘tidak’. Boleh bercakap selepas kelahiran,” kata seorang pengguna.

“Ia kedengaran seperti idea yang paling teruk. Suami boleh merakam gambar sejurus bayi dilahirkan. Anda tidak perlu melayan permintaan lebih daripada itu.” - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kelahiran, siaran langsung, bayi

Artikel Lain