TIMBUNAN sampah-sarap di Jalan Raya Sawangan, Kota Depok, di Barat Jawa, Indonesia menjadi punca air Sungai Mampang melimpah, sekali gus mengakibatkan banjir kilat pada Khamis.Ia terbukti apabila para petugas Perkhidmatan PUPR Depok pada petang Khamis, yang membuat kerja-kerja pembersihan menemui sebatang pokok dan sampah yang juga menyebabkan sungai berkenaan tersumbat.“Sampah adalah salah satu penyebab banjir ketika hujan di Kota Depok. Beberapa lokasi banjir, yang mana sampah dan batang pokok ditemui di bawah Jambatan Mampang, Jalan Raya Sawangan, di hadapan Masjid al-Istiqomah,” kata Perkhidmatan PUPR menerusi laman Instagram pada Khamis.Perkhidmatan itu berkata, pembersihan sungai dilakukan di muara dan menerusi video yang disiarkan, sampah plastik berjaya dialihkan. Sebelum ini, banjir melanda beberapa kawasan di Jalan Raya Sawangan pagi Khamis dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Lokasi terbabit adalah Jalan Sawangan ke Cipayung dan Margonda sejauh lima kilometer. Sehingga jam 11.15 pagi Khamis, Jalan Raya Sawangan masih dilanda banjir dengan paras air sedalam 20 hingga 30 sentimeter (cm). RAKAMAN video insiden banjir berkenaan yang tular di media sosial. — Tribune News Sementara itu, Datuk Bandar Depok, Mohammad Idris turut berkongsi video yang disiarkan oleh Perkhidmatan PUPR di laman Instagram rasminya.Beliau berkata, pihaknya kini sedang memberi kerjasama untuk memperbaiki kemudahan awam yang terjejas akibat puting beliung di Kota Depok pada Selasa lalu.Selasa lalu, hujan batu dan angin putting beliung melanda Kota Depok dan mengakibatkan beberapa pokok dan papan iklan tumbang.Timbalan Datuk Bandar Depok, Imam Budi Hartono berkata, terdapat 196 keluarga terjejas akibat bencana itu. —DetikNews Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI