suria

Kreatifnya! lelaki ini jadikan akuarium sebagai pagar rumah

IDEA untuk membuat pagar daripada akuarium timbul apabila Farid mempunyai banyak koleksi ikan koi yang unik. — Agensi

HOBI membela ikan koi membuahkan idea kreatif kepada seorang lelaki dari Malang, Indonesia untuk membina pagar aquarium di rumahnya.

Lelaki tersebut, Farid Prima,35, memberitahu, pagar akuarium yang memuatkan 80 ekor ikan koi dari pelbagai spesis itu sudah siap di bina sejak sembilan bulan lalu.

"Pagar ini mempunyai panjang 16 meter, dan lebar 1.1 meter manakala kacanya pula setebal 12 milimeter.

"Pagar ini direka dengan empat slot akuarium, masing-masing panjangnya 2.14 meter," katanya yang menetap di Perum Tirtasari, Kabupaten Wagir, Kabupaten Malang.

Tambah Farid lagi, pembinaan akuarium tersebut menelan belanja sebanyak hampir Rp 50 juta (RM14,711).

Katanya lagi, sudah belasan tahun dia meminati ikan koi dan mempunyai begitu banyak koleksi ikan dengan ciri-ciri unik.

"Saya sudah lama mengumpul ikan koi, pada awalnya saya bercadang mahu membuat kolam biasa sahaja.

"Pembinaan pagar ini memakan masa selama dua bulan," ujarnya.

Katanya lagi, selepas proses pembinaan selesai, dia memastikan dengan teliti setiap kelengkapan akuarium dan keperluan untuk ikan koinya.

"Saya akan pastikan air yang digunakan benar-benar sesuai untuk ikan koi.

"Pada masa sama, saya juga melengkapkan alat pengudaraan untuk oksigen akuarium," jelasnya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

akuarium, pagar, ikan koi, malang, indonesia,

Artikel Lain