suria

Pakai baju terlalu seksi ketika Minggu Fesyen London, model hantar mesej minta ampun dengan bapa

Amelia turut berkongsi fotonya mengenakan pakaian itu menerusi Instagram Story. Foto: Dave Benett/Getty Images.

KEMUNCULAN Amelia Grey Hamlin ketika Minggu Fesyen London ternyata mencuri perhatian ramai.

Dalam acara pada Ahad lalu, Amelia, 20, mengenakan pakaian yang terlalu seksi sehingga mendedahkan sebahagian anggota badannya.

Malah, dia turut berkongsi fotonya mengenakan pakaian itu menerusi Instagram Story.

Dalam perkongsian berlainan, Amelia memuat naik paparan skrin perbualan mesej dengan keluarganya.

Dalam mesej itu, dia turut memohon maaf kepada bapanya kerana memakai pakaian tersebut.

Ibunya dilihat turut membalas mesej dan tidak kisah dengan pakaian itu.

"Saya baru tengok. Itulah fesyen," jawab ibunya dalam mesej berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain