suria

Kenali Scooby, burung kakak tua kaki carut

LORRAINE tetap sayangkan Scooby walaupun haiwan peliharaannya sering memakinya.

SEEKOR burung kakak tua jenis Afrika boleh dilabel sebagai haiwan peliharaan yang mempunyai ‘mulut paling busuk’ apabila lebih berminat untuk memaki tuannya dengan perkataan tidak senonoh.

Setiap kali pulang daripada tempat kerja di Hospital James Cook, perkataan mencarut menjadi ucapan rutin yang diterima Lorraine Gregory.

Bagaimanapun, Lorraine, 58, tidak berkecil hati dan menjadikan telatah burung yang diberi nama Scooby itu sebagai bahan jenaka untuk menggembirakan petugas National Health Service (NHS) sepanjang pandemik.

“Dia juga seperti manusia. Setiap kali saya pakai uniform kerja, dia akan berkata ‘ Bye Lorraine’.

“Dia baru bersama kami sejak enam bulan lalu sejak kematian pemilik asal. Pada mulanya, dia hanya berkata ‘hello’ dan batuk seperti ada jangkitan pada dadanya.

“Dia menghabiskan banyak masa bersama ibu saya kerana banyak masa saya dihabiskan di tempat kerja.

“Dan sekarang, saya pulang ke rumah untuk Scooby memaki dan berbual dengannya.

“Dia miliki mulut yang agak celupar tetapi cukup pintar. Kami sayangkannya walaupun dia sering mencarut,” katanya

Lorraine juga turut merakam Scooby menjerit sambil mencarut, "Keluarkan saya!" – Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

burung kakak tua, scooby, mencarut

Artikel Lain