SEORANG wanita menemukan sepasang cincin perkahwinan selepas mengekori seekor sotong ketika sedang menyelam di kawasan Eden Rock Kepulauan Cayman, Britain. Menurut wanita yang benama Raquel Tobian itu kemudian berkongsi gambar cincin perkahwinan itu dalam dalam satu hantaran di akaun kumpulan Facebook Kepulauan Cayman. Status Tobian disedari oleh salah sorang ahli kumpulan berkenaan yang kemudian menghubungkan dia kepada pemilik cincin tersebut. "Tidak sampai dua jam saya sudah menemui pemilik cincin tersebut. "Saya kemudian meminta pemilik cincin tersebut untuk menghubungi saya dengan segera," katanya. Cincin itu merupakan milik pasangan suami isteri, James Ross dan Kirsty McMillan. Menurut James, dia kehilangan cincin yang baru dipakai selama enam bulan itu semasa menyelam di Eden Rock. "Kami telah cuba mencarinya ketika itu tetapi tidak berjaya menemuinya," ujar Ross yang telah kehilangan cincin perkahwinan selama tiga minggu. Pasangan suami isteri itu menemui Tobian sehari selepas menghubungi wanita itu. Kedua-dua mereka sangat bersyukur kerana mendapati bahawa cincin yang ditemui oleh Tobian adalah kepunyaan mereka. Tobian memberitahu semasa memulangkan cincin berkenaan, si isteri sempat bergurau kepada suaminya bahawa dia bernasib baik kerana tidak perlu membeli cincin baru. Mereka juga berjanji akan menjaga cincin perkahwinan itu dengan baik dan menyimpannya terlebih dahulu sebelum pergi menyelam. "Mereka sangat bersyukur kerana mereka menawarkan pampasan, tetapi itu tidak perlu," kongsinya. — Agensi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI