suria

Ikan emas dibedah kerana ada benjolan di mulut

BLUEBELL direndam dalam anestetik untuk ditidurkan sebelum pembedahan. — Agensi

PEMILIK ikan emas bernama Bluebell sanggup membelanjakan wang sebanyak GB£300 (RM1,719) untuk pembedahan membuang benjolan di mulut ikan peliharaannya.

Seorang doktor haiwan, Hannah Jessup berkata, benjolan di mulut Bluebell itu menyebabkan ia sukar untuk makan.

Jelasnya, pemilik ikan tersebut sudah lama menyedari akan hal itu dan memutuskan untuk mendapatkan rawatan buat ikan kesayangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Squid Game 'terbocor' nombor telefon, lelaki dakwa diganggu tanpa henti siang dan malam!

ARTIKEL BERKAITAN: Yakinnya kamu! Apalah nasib tuan badan dapat tatu macam ini?

"Selepas melihat konsisi Bluebell, saya dapati ia perlu menjalani pembedahan.

“Saya sudah dua kali terlibat dalam pembedahan ikan, tetapi ini merupakan kali pertama saya mengendalikan prosedur tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, untuk pembedahan tersebut, Jessupmenidurkan ikan tersebut terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan membuang benjolan di mulutnya.

Kongsinya lagi, proses pemulihan ikan tersebut memerlukan masa kira-kira satu jam.

"Bagaimanapun prosedur untuk membuang benjolan itu hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

"Persiapan untuk operasi sebenarnya lebih rumit daripada prosedur itu sendiri kerana harus menggunakan anestesia khusus kerana setiap ikan mempunyai tindak balas yang berbeza," ujarnya.

Kongsinya lagi, memberi anestetik kepada ikan merupakan proses yang paling mencabar kerana tidak ramai yang tahu bagaimana tubuh ikan befungsi.

"Ikan tersebut harus tenggelam dalam larutan anestetik untuk membuat ia mengantuk sebelum dipindahkan ke meja pembedahan.

"Kakitangan menggunakan pam udara untuk membekalkan oksigen kepada ikan dan jarum suntik air memastikan ikan tidak kering.

Katanya lagi, dia juga memberikan ia ubat penahan sakit untuk membantu Bluebell sembuh selepas pembedahan," jelasnya lagi.

Selepas pembedahan, Bluebell dibawa pulang dengan segera dan diletakkan di dalam kolamnya.

Bluebell kini dilaporkan kembali sihat selepas beberapa bulan. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pembedahan, ikan emas, benjolan, anestetik

Artikel Berikut

Artikel Lain